Encore Melaka


Notis Penting


Notis Tempahan Encore Melaka

Sila ambil maklum bahawa bagi tempahan Encore Melaka melalui Melakabook, pemilihan tempat duduk tidak boleh dibuat lebih awal. Tempat duduk akan ditentukan berdasarkan kekosongan semasa ketibaan anda pada hari persembahan.

Terima kasih atas kerjasama anda.


Gambaran keseluruhan

Encore Melaka ialah sebuah teater seni persembahan bertaraf dunia dan ikon seni bina yang terletak berhampiran Tapak Warisan Dunia UNESCO di Melaka. Encore Melaka merupakan cetusan idea Datuk Wira Boo Kuang Loon, Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Berhad, dan mula dibuka kepada orang ramai pada Julai 2018 selepas lima tahun perancangan.

Sebagai auditorium berputar 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara, Encore Melaka menawarkan pengalaman persembahan yang benar-benar mengubah cara penonton menikmati seni budaya. Dengan kapasiti 1,800 tempat duduk serta pentas gergasi sepanjang 240 meter, setiap sudut ruang ini direka untuk membawa penonton lebih dekat dengan aksi di atas pentas. Dilengkapi dengan teknologi pentas bertaraf dunia seperti kesan air, kabus, platform berbilang aras, pentas bertingkat dan tayangan 3D, setiap persembahan di Encore Melaka menggabungkan elemen visual moden dengan penceritaan tradisional yang penuh emosi, menjadikan ia satu pengalaman imersif yang sukar dilupakan.

Persembahan utamanya yang berdurasi 70 minit menghidupkan kisah-kisah Melaka yang belum pernah diceritakan, memaparkan kekayaan budaya, kepelbagaian, dan keterangkuman komuniti tempatan melalui visual berteknologi tinggi dan naratif yang menyentuh emosi.

Persembahan Terkini di Encore Melaka:

Encore Melaka Live Show

  1. Ia merupakan sebuah persembahan yang menceritakan kisah-kisah Melaka yang belum pernah diceritakan.
  2. Masa Persembahan: Isnin - Ahad (5.30pm), Tiada persembahan pada hari Rabu

The Legacy of a Generation

  1. Mereka membawa sejarah 'Gelombang Kedua Migrasi ke Selatan' (1926–1937) ke pentas hidup. Pesembahan ini menggabungan drama dan tarian untuk menceritakan peristiwa peperangan saudara, konflik, dan pencerobohan Jepun yang memaksa ramai orang berhijrah dari China ke Asia Tenggara.The
  2. Masa Persembahan: Isnin & Ahad (2.30pm), Selasa - Jumaat (8.30pm), Tiada persembahan pada hari Rabu

Lebih daripada sekadar sebuah teater, Encore Melaka juga berfungsi sebagai pusat seni persembahan yang menganjurkan pelbagai jenis acara, termasuk produksi pentas, tayangan perdana filem, majlis korporat, pameran, dan seminar. Sebagai hab budaya utama, Encore Melaka memainkan peranan penting dalam mengangkat Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf global sambil menyokong ekonomi tempatan dan komuniti seni.

Dapatkan tiket Encore Melaka dengan harga terbaik serendah RM68 sekarang!


Encore Melaka Pakej Tersedia

Encore Melaka Live Show - Malaysian

Lihat Butiran

MYR 78.00

MYR 68.00

Encore Melaka Live Show - Non-Malaysian

Lihat Butiran

MYR 158.00

MYR 138.00

The Legacy of a Generation - Malaysian

Lihat Butiran

MYR 78.00

MYR 68.00

The Legacy of a Generation - Non-Malaysian

Lihat Butiran

MYR 158.00

MYR 138.00

Tarikan

  • Persembahan imersif dengan rangkaian kisah-kisah Melaka yang belum pernah diceritakan.
  • Nikmati persembahan dinamik yang menggabungkan tradisi dan inovasi, menampilkan warisan budaya Melaka dengan cara yang kreatif.
  • Alami teater berputar 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara dengan teknologi pentas canggih untuk persembahan yang imersif.
  • Terletak berhampiran Tapak Warisan Dunia UNESCO, Encore Melaka mengangkat wilayah ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf global.

Maklumat Tambahan

  • Sahkan tempahan anda serta-merta. Jika anda tidak menerima pengesahan tempahan, sila maklumkan kepada kami.
  • Kehilangan tiket adalah tanggungjawab penuh penumpang.
  • Persembahan Encore Melaka berlangsung selama 70 minit.
  • Waktu persembahan adalah pada hari Ahad dari jam 2:30 petang hingga 5:30 petang. Manakala pada hari Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, dan Sabtu, persembahan berlangsung dari jam 5:30 petang hingga 8:30 malam. Tiada persembahan dijadualkan pada hari Rabu.
  • Tetamu dikategorikan mengikut umur: dewasa berumur antara 13 hingga 59 tahun, kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun, dan warga emas berumur antara 60 hingga 99 tahun.
  • Semua tetamu, tanpa mengira umur, mesti mempunyai tiket yang sah untuk masuk ke dalam dewan.
  • Kanak-kanak bawah umur 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada setiap masa. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun tidak digalakkan hadir kerana format persembahan yang imersif.
  • Merokok dan pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan teater.
  • Tetamu yang didapati merokok atau mengambil alkohol akan diminta keluar serta-merta oleh kakitangan.
  • Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam venue.
  • Barang berbahaya atau yang boleh mengganggu seperti botol kaca, mercun, dan penunjuk laser adalah dilarang sama sekali.
  • Sila patuhi semua garis panduan tempat bagi memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua.
  • Untuk maklumat terkini tentang waktu operasi, sila layari laman web rasmi Encore Melaka.

FAQ

Pemilihan tempat duduk tidak boleh dipilih sewaktu pembelian. Tempat duduk akan diberikan berdasarkan kekosongan pada hari persembahan semasa berada di Encore Melaka.

Ya, anda perlu membawa kad pengenalan bergambar yang sah bersama resit pengesahan tempahan untuk mengambil tiket.

Pengambilan gambar atau rakaman video menggunakan DSLR, kamera video, atau telefon bimbit TIDAK dibenarkan semasa persembahan. Peranti seperti Google Glass juga TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke dalam teater.

Ya, tetamu yang lewat masih dibenarkan masuk ke dalam teater, tetapi perlu menunggu arahan daripada Krew Teater. Ini kerana pintu masuk akan bergerak seiring dengan putaran platform tempat duduk.

Kami tidak membenarkan tetamu ke belakang pentas, bertemu artis, atau meminta autograf. Pertama, kawasan belakang pentas adalah sangat besar dan kami bimbang tetamu akan sesat. Kedua, ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Maka, permintaan seperti ini tidak dapat dipenuhi.

Dengan tawaran kami, pemegang IC MyKad, anda boleh mendapatkan tiket Encore Melaka pada harga RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak. Tanpa MyKad, harga tiket standard ialah RM138 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Ya, kanak-kanak dibenarkan untuk menonton. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada setiap masa. Disebabkan format persembahan yang bersifat imersif dan teaterikal, ia tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah 4 tahun untuk masuk.

Tarikan Lain Yang Anda Mungkin Suka